fbpx

Aim The Market

Iklan Facebook: 5 Tips Simple Dapatkan Iklan Murah

Share on facebook
Share on twitter
Pemasaran sangat penting di abad 21 dan medium paling jimat ialah Facebook.

Teknik pemasaran? Iklan facebook? Facebook Ads? FB Ads?

Bila bercakap pasal iklan facebook, mesti anda pernah alami kan?

Anda nak save duit cuba teknik pemaran di Facebook,

Tapi apa yang anda buat tu jadi mahal pulak.

Mesti anda hairan dan tertanya-tanya,

Kenapa iklan aku mahal sangat ni??

Kita semua pernah alami perkara ni.

Bila anda buat iklan facebook, selalunya anda akan dicas setiap kali ada orang nampak iklan anda.

Konsep ni dipanggil Cost Per Thousand (CPM).

Maksudnya? Anda akan dicas untuk setiap seribu orang yang nampak iklan anda.

CPM ni mungkin akan merugikan anda kalau anda baru mula dengan iklan di facebook

Jadi untuk elakkan masalah ni, hari ni kami akan share langkah-langkah mudah untuk anda jimatkan duit anda.

Anda bersedia? Jom belajar.

1. Gunakan kempen yang jelas

teknik pemasaran
teknik pemasaran facebook perlukan kempen yang betul!

Facebook ads tanpa kempen yang jelas akan buatkan kos melambung tinggi!

Macam mana nak tahu kempen yang sesuai untuk anda?

Tahu dulu apa objektif untuk jalankan facebook ads tu.

Antara objektif yang boleh anda set sebagai KPI (key performance indicator) adalah:-

  1. Lebih banyak sales.
  2. Dapatkan leads (orang yang PM anda).
  3. Bina awareness brand anda.

Bila dah tahu objektif, barulah senang nak buat ads ni.

Dan tak lah tersilap, nak dapatkan sales tapi buat kempen awareness.

2. Targeting yang tepat

fb ads target audience
Target audience yang betul WAJIB anda buat!

Apa je teknik pemasaran yang anda guna, WAJIB kenal pelanggan dulu!

Bila anda kenal pelanggan anda, mudah untuk target mereka di bahagian interest

Targeting ads manager
Contoh targeting di ads manager

Ni salah satu contoh klien kami.

Nampak tak targeting yang dibuat?

Memang tepat macam peluru!

Dan bila anda dah dapat targeting yang tepat, boleh buat custom audience

3. Ayat yang memukau

teknik pemasaran pentingkan copywriting yang memukau

Copywriting yang ditulis pun bawa masalah pada kempen kita.

Kalau ayat tu memang tak menarik, pelanggan akan lari!

Ada banyak cara untuk tulis ayat yang menarik.

Kami ada satu post yang panjang lebar tentang copywriting ni

Boleh rujuk post tu di sini.

4. Guna media yang sesuai

teknik pemasaran media
teknik pemasaran dnegan media yang betul

Antara masalah besar kempen tak convert ialah media yang diguna.

Contohnya, anda jual makanan bungkus.

Patut tak anda guna gambar ubat kuat?

Mungkin anda tengah ketawa bila baca ni, tapi ada je yang buat.

Macam-macam kempen dah saya tengok sebelum ni memang pelik-pelik.

Kalau anda jual makanan, gunalah video/gambar yang ada makanan anda.

Atau boleh guna gambar/video orang sedang makan makanan anda jual tu.

Simple je kan?

5. Split testing

Fb ads ni bukan boleh main hentam je.

Mesti kena try & error baru tahu mana yang bagus mana yang tak.

Cara paling mudah?

Guna fungsi split test yang ada di Ads Manager.

split test ads manager
Tombol 'Create Split Test' tekan di situ.

Tujuannya? Nak bandingkan ad set yang perform dengan yang tak.

Tapi cara ni senang ke nak scale?

Kalau nak scale, on je tombol "Campaign Budget Optimization".

Fungsinya untuk spend duit di iklan yang perform lebih dari yang lain.

Dengan cara ni, anda akan save lebih banyak duit!

Kesimpulan

Banyak cara untuk murahkan fb ads anda, tapi 5 ini yang simple dan PROVEN!

Saya doakan anda dapat buat kempen yang murah dan tepat pada sasaran.

Sekian untuk kali ini,

Pastikan anda tidak tersasar~

NOTA: Bagi yang belum download ebook percuma kami, dapatkan sekarang di sini

iklan-facebook-5-tips-simple-dapatkan-iklan-murah-aim-the-market