fbpx

Aim The Market

Copywriting: Rahsia Lengkap Untuk Mudah Jana Sales!

Share on facebook
Share on twitter
Copywriting atau ayat iklan amat penting untuk menarik minat pelanggan untuk membeli dengan anda. Teknik yang betul mampu kurangkan kos!

Ayat iklan yang guna teknik copywriting yang proven berserta contoh copywriting yang betul boleh naikkan sales sebanyak 300%!

Copywriting?

Mungkin anda tak tahu pun perkataan tu wujud.

(Nota: Teruk sangat kalau tak tahu tu hehe)

Kalau anda tak tahu langsung tentang copywriting, WAJIB baca post ni sampai habis!

Sebab apa?

Sebab saya akan share A - Z dengan cara paling mudah faham.

Boleh rujuk senarai penuh bawah ni:

  • Apa itu copywriting.
  • Teknik copywriting yang betul.
  • Struktur copywriting yang proven.
  • Contoh copywriting untuk produk anda.

Baca ikut turutan ni tau.

Setiap topic mesti fahamkan untuk berjaya dalam copywriting.

Anda dah ready? Jom kita belajar!

Apa Itu Copywriting?

Ayat iklan dan copywriting tu sama ke?
Copywriting tu apa?

Copywriting dalam bahasa simple ialah ayat iklan.

Anda mesti ingat ayat iklan ni yang orang post di FB & IG untuk menjual tu kan?

Sebenarnya anda dah salah faham maksud ayat iklan.

Ayat iklan ialah ayat promosi untuk memperkenalkan produk & memberikan kesedaran tentangnya wujudnya produk itu.

Dalam penerangan di atas, ada sebut pasal menjual?

Sebab tu saya cakap, anda dah salah faham apa tu copywriting.

Fahamkan dulu maksud copywriting dekat atas.

Dah faham? Barulah boleh mula tulis copywriting.

Teknik Copywriting Yang Betul

teknik copywriting
Teknik Copywriting

Bila dah faham maksud copywriting, anda dah satu langkah ke depan untuk mula buat ayat iklan anda.

Tapi sebelum tu,

Kena tahu dulu teknik yang betul.

Teknik copywriting yang betul atau salah berikan impak yang berlainan.

Teknik yang salah pasti akan merugikan anda dan bisnes anda.

Buktinya?

contoh copywriting dengan teknik copywriitng yang salah.
Contoh copywriting dengan teknik yang salah.

  • Anak panah merah - RM 0.20/clicks
  • Anak panah ungu - RM 0.75/clicks

Nampak tak perbezaan kos di situ?

Walaupun 50 sen je, kalau dah iklan ribu-ribu, kos 50 sen pun mainkan peranan penting!

Jadi, apa teknik copywriting yang betul?

Sebenarnya,

Tak ada satu pun teknik copywriting yang tepat.

Semuanya bergantung kepada beberapa aspek penting,

  • Objektif copywriting anda (Contoh: nak beritahu tentang promosi atau nak kenalkan produk baru dan lain-lain).
  • Kempen iklan anda (Contoh: Engagement atau Traffic dan lain-lain ).
  • Jenis produk anda (Contoh: Penapis air atau tudung dan lain-lain).

Kami akan buat post asing untuk teknik-teknik copywriting mengikut senarai di atas.

Buat masa ini, setkan dulu apa objektif ayat iklan anda dan applykan.

InshaAllah, anda dah dapat sikit struktur ayat iklan hanya dari tahu objektifnya.

Struktur Copywriting Yang PROVEN

struktur copywriting
Struktur copywriting penting sebagai guideline anda.

Masalah utama bila menulis copywriting, ialah tak tahu nak tulis tentang apa.

Sebab?

Salah satu puncanya ialah tak tahu tentang struktur copywriting.

Struktur copywriting sebenarnya tak susah.

Cuma ada 5 bahagian yang perlu anda tahu dan faham.

Akronim untuk struktur copywriting yang selalu Aim The Market buat ialah HIBOC

  1. Headline
  2. Intro
  3. Body
  4. Offer
  5. CTA

Headline

Headline ialah ayat pertama yang orang nampak dalam copywriting anda

Contohnya,

Ada banyak cara untuk tulis headline, tapi yang kami suka ialah EMOSI.

Sebab apa emosi?

People buy on emotion and justify with logic.

Manusia membeli kerana emosi dan beralasankan emosi.

Emosi yang ada pada headline yang kena dengan keadaan mereka sekarang akan buat mereka suka membaca copywriting anda.

Tugas anda sekarang ialah untuk fikirkan emosi apa yang sesuai untuk anda gunakan.

Tapi untuk mudahkan kerja anda,

Kami senaraikan 6 emosi yang menurut inc.com membuatkan manusia membeli.

  • Tamak
  • Takut
  • Altruisme/Kasih
  • Iri hati/Cemburu
  • Bangga/Harga diri
  • Malu

Gunakan emosi ini dan lihat perubahan ayat iklan anda!

Intro

Bahagian intro, anda cuma perlu buat satu perkara.

Masukkan testimoni yang anda ada.

Tapi,

Pastikan testimoni tu berkait rapat dengan headline tadi.

Tapi saya tak jual lagi, mana nak cari testimoni?

Kami faham dan kami pun pernah lalui.

Untuk nak kumpul testimoni, berikan produk/servis anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarga.

Beri percuma je dan minta feedback mereka.

Jadikan feedback itu sebagai testimoni anda.

Body

Body untuk copywriting penting untuk anda ceritakan produk anda.

Anda jual produk kesihatan?

atau

Anda jual produk orang lain(dropship)?

Apa pun anda jual, anda WAJIB tahu 3 perkara penting tentang produk anda.

  1. Ciri-ciri produk anda.
  2. Kelebihan produk anda.
  3. Faedah produk anda untuk pembeli.

Kenapa kena tahu 3 perkara ni?

Tak kenal maka tak cinta

Bila anda tak kenal produk anda, anda takkan cintakan produk tu.

Kalau penjual sendiri tak suka produk tu, macam mana pembeli nak suka?

Dah tahu 3 perkara penting ni?

Ambil kertas atau buka notepad di laptop anda

Tuliskan mengikut format ini (dalam contoh ini kami gunakan produk klien kami iaitu tudung),

Tudung ini dibuat dari kain cotton voile(ciri-ciri). Kain cotton voile ni sis memang sangat mudah dibentuk tau(kelebihan). Sekarang, barulah sis boleh sampai kelas awal sikit dan tak kena marah dengan pensyarah yang garang tu(faedah)

Perkataan dalam bold adalah 3 perkara penting yang dekat atas tadi tu.

Offer

Lepas siap bahagian body, kita ke bahagian offer.

Masukkan apa sahaja tawaran yang anda nak beri kepada pelanggan anda.

Diskaun 20%? Percuma postage? Macam-macam tawaran yang ada.

Tapi satu yang kami nak ingatkan.

Tolong jujur dengan tawaran anda.

Jangan buat tawaran palsu semata-mata nak tarik pelanggan.

Call-To-Action (CTA)

CTA ni ialah anda beritahu apa yang pelanggan anda patut buat seterusnya.

Tekan link di bawah atau wassap 0123456789 adalah contoh-contoh CTA.

Untuk nampakkan CTA anda lebih hebat, masukkan urgency.

Urgency is the state of being very important and needing attention immediately .

https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/urgent

Urgency ialah sifat gesaan yang anda buat untuk pelanggan bertindak cepat.

Contoh urgency ialah tawaran tamat jam 12 malam atau terhad kepad 17 orang terawal.

Contoh Copywriting untuk Produk Anda

Tibalah masa untuk kita tulis ayat iklan.

Untuk memudahkan proses,

Kami hasilkan 2 contoh copywriting yang akan bantu anda.

Kami harap dengan adanya contoh ni, anda akan terinspirasi untuk menulis!

ayat iklan pertama

ayat iklan kedua

  • Merah - Headline
  • Oren - Intro
  • Purple - Body
  • Pink - Offer
  • Hijau - CTA

Rasanya cukup padat apa yang dibincangkan di post ni.

Kami harap anda dapat mula rangka copywriting anda harini juga!

Dan anda dah boleh mula buat kempen iklan anda

(Nota: Kalau anda belum dapatkan ebook percuma kami STEP BY STEP FB ADS - GAYA MARKETER 2019, boleh dapatkan di sini.)

Jangan tangguhkan kerja anda!

Semoga anda peroleh kejayaan~

copywriting-rahsia-lengkap-untuk-mudah-jana-sales-aim-the-market